Friday 13 January 2012

Program Biro Kerohanian dan Etika

Pada 29 September 2011, hari Khamis, telah berlangsung satu program Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat sempena peperiksaan akhir semester sesi 2011/2012 semester 1  bagi pelajar diploma bertempat di surau Kolej Kediaman Taman Universiti (KKTU). Program ini dianjurkan oleh biro Kerohanian dan Etika dengan kerjasama  jawatankuasa biro kolej kediaman.

Program ini adalah bertujuan mendekatkan diri para pelajar kepada Allah S.W.T disamping memohon pertolongan dan keberkatan daripada-Nya untuk menghadapi  peperiksaan akhir semester serta memohon agar diberikan ketenangan hati dan keyakinan untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan di dalam dewan peperiksaan.

Solat hajat dan bacaan Yassin ini telah dipimpin oleh Ustaz Kamal ( Imam 2 Masjid UTHM ) dan alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.

Berikut adalah sorotan sepanjang majlis ini berlangsung..:)


khusyukkkkkk......
Bacaan Yassin pimpinan Ustaz Kamal ..

Sesi tazkirah..

banyak panduan dan pengajaran dari tazkirah yang disampaikan :)

Jemputan menikmati hidangan..
Berselera betul dengan hidangan nasi ambeng..
Makan dalam dulang besar mengeratkan silaturrahim...


Disediakan oleh : 
Noor Zirwatul Ainee binti Naharuddin          DE090058
Nurul Haryani binti Razali                              DE090073

Thursday 12 January 2012

GOTONG ROYONG BILIK AKTIVITI 2011

Salah satu aktiviti yang melibatkan kerjasama semua JKK ialah aktiviti gotong-royong membersihkan bilik aktiviti. Gotong-royong ini dijalankan pada 26 Oktober 2011 bermula jam 9.oo pagi hingga 12.00 tengah hari. Aktiviti ini dijalankan mengikut konsep 5S. Iaitu :

SEIRI (SISIH)
- Mengasingkan barang-barang yang rosak dan tidak diperlukan dan membuangnya.

SEITON (SUSUN)
- Menyusun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk digunakan.

SEISO (SAPU)
- Membersihkan bilik dengan rapi supaya tiada habuk atau sampah pada lantai, meja , tingkap dan sebagainya.

SEIKETSU (SERAGAM)
- Memastikan tahap pembersihan yang dilakukan adalah pada tahap yang terbaik.

SHITSUKE (SENTIASA AMAL)
- Pelajar yang bertanggungjawab hendaklah mengamalkan peraturan penjagaan kebersihan yang baik dengan sendirinya agar bilik aktiviti sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selesa untuk digunakan.

By  Nur Rafiqah bt Ridzuan CE110188

Saturday 7 January 2012

Program-Program Biro Keusahawanan

Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dalam biro keusahawanan sepanjang sem ini ialah penjualan T-shirt KKTU semasa pendaftaran asrama pada awal sem depan. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk menjana modal bagi kengunaan aktiviti yang lain dan juga bagi menyeragamkan pemakaian penduduk KKTU. 


Selain itu, program ‘Save The Earth” telah dijalankan sebagai langkah untuk menjaga alam sekitar dan menjana pendapatan Jawatankuasa KKTU.

Biro keusahawanan juga terlibat dalam booth di pesta konvo. Tujuannya adalah bagi menerapkan nilai-nilai keusahawanan dikalangan Jawantankuasa BKU, mengeratkan silaturahim dikalangan jawatankuasa dan menjana pendapatan bagi jawatankuasa. 


pengetua pon datang beli... thanks to Dr Ahmad Rizal...

Tukang masak kiter...
Dadih perisa cappucino dan honeydew..

our booth...


cendawan goreng...


seriuos bebenor wat keje...
Sekian.




Disediakan Oleh : Marsila binti Omar DE090269

Tuesday 29 November 2011

Latest Poster


Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera diucapkan kepada para pembaca blog KKTU nie....ini adalah update terkini, buat masa sekarang la...sebenarnya ada pelbagai aktiviti yang telah pun dijalankan oleh JKK KKTU, tapi kami(BPP) tak sempat nak update sini... kalau ada kelapangan nanti, akan update yer....tunggu.....

Saturday 8 October 2011

Khidmat Masyarakat

Kondangan Kg Sri Semangat, Yong Peng, Johor...  Pada 14 - 16 Mei yang lalu beberapa orang wakil dari KKTU telah dihantar untuk join dengan aktiviti ni. Aktiviti nie dianjurkan oleh Majlis Pengetua Kolej-Kolej Kediaman UTHM....Enjoy da picca yer....Sebelum tu, kondangan tu maksudnya, selamat datang dalam bahasa jawa..kalau tak silah lah....kalau silap...tolong betulkan yer.....