Thursday, 12 January 2012

GOTONG ROYONG BILIK AKTIVITI 2011

Salah satu aktiviti yang melibatkan kerjasama semua JKK ialah aktiviti gotong-royong membersihkan bilik aktiviti. Gotong-royong ini dijalankan pada 26 Oktober 2011 bermula jam 9.oo pagi hingga 12.00 tengah hari. Aktiviti ini dijalankan mengikut konsep 5S. Iaitu :

SEIRI (SISIH)
- Mengasingkan barang-barang yang rosak dan tidak diperlukan dan membuangnya.

SEITON (SUSUN)
- Menyusun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk digunakan.

SEISO (SAPU)
- Membersihkan bilik dengan rapi supaya tiada habuk atau sampah pada lantai, meja , tingkap dan sebagainya.

SEIKETSU (SERAGAM)
- Memastikan tahap pembersihan yang dilakukan adalah pada tahap yang terbaik.

SHITSUKE (SENTIASA AMAL)
- Pelajar yang bertanggungjawab hendaklah mengamalkan peraturan penjagaan kebersihan yang baik dengan sendirinya agar bilik aktiviti sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selesa untuk digunakan.

By  Nur Rafiqah bt Ridzuan CE110188

No comments:

Post a Comment